LAMAN WEB RASMI IPG KAMPUS KENINGAU

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home Senarai Buletin & Info

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN IPG ZON SABAH TAHUN 2009

E-mail Print PDF

Kota Kinabalu - Kementerian Pelajaran Malaysia berhasrat meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur 5 tahun kepada 87% dalam prasekolah kerajaan dan swasta pada tahun 2012 berbanding 67% pada tahun 2009. Peningkatan sebanyak 20% ini menjangkakan seramai 447,556 murid akan mengikuti pendidikan prasekolah pada tahun 2012 berbanding 342,706 murid pada tahun semasa iaitu peniningkatan sebanyak 104,850 orang murid. KPI kementerian telah menetapkan agar semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke tahun 4 sekolah rendah sebelum penghujung 2012. Semua prasekolah termasuk prasekolah swasta akan menggunakan kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) dan guru-guru prasekolah dilatih berdasarkan kurikulum tersebut. Demikian intipati ucap utama Ybhg. Datin Asariah Binti Mior Shaharuddin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia semasa merasmikan Seminar Penyelidikan Pendidikan IPG Zon Sabah di Hotel Beverly, Kota Kinabalu yang berlangsung pada 4-6 Oktober 2009.
Seminar Penyelidikan Pendidikan IPGM Zon Sabah ini telah berjaya memuatkan pembetangan 45 kertas kerja penyelidikan dalam pelbagai bidang dan inovasi pengajaran dan pembelajaran. Para pembentang terdiri daripada para pensyarah dari IPGM Zon Sabah, penerima anugerah guru inovasi kebangsaan kategori sekolah rendah dari SK. Layang-Layangan, WP Labuan dan dua orang pelajar tahun akhir PISMK-OUM opsyen Kajian Sosial dari IPGM Kampus Keningau.

Seramai 170 orang telah menyertai seminar ini yang terdiri daripada ahli-ahli akademik, para pensyarah IPG Zon Sabah dan guru-guru sekolah menengah dan rendah di Sabah. Pengarah IPGM Kampus Keningau, Puan Penny Lim Sai Kiow selaku pengerusi seminar dalam ucapan aluannya menegaskan bahawa tema seminar "Budaya Penyelidikan Memartabatkan Kualiti Guru" yang dipilih adalah menefistasi daripada tuntutan terhadap profesion keguruan yang mendesak agar guru memperkukuh daya tahan serta memperlengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan bagi keperluan diri, masyarakat dan pembangunan profesion keguruan itu sendiri.

Upacara penutupan seminar ini telah disempurnakan oleh Dr. Nasaruddin Bin Basar, KPP Unit Penyelidikan, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia mewakili Pengarah Bahagian Pendidikan Guru.
 

JUMLAH PENGUNJUNG

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini687
mod_vvisit_counterKelmarin1590
mod_vvisit_counterMinggu ini10091
mod_vvisit_counterMinggu lepas13563
mod_vvisit_counterBulan ini56885
mod_vvisit_counterBulan lepas72338
mod_vvisit_counterJumlah797026

Online (20 minutes ago): 20
Your IP: 38.107.179.220
,
Now is: 2012-01-28 14:38

KALENDAR AKTIVITI

Last month January 2012 Next month
M T W T F S S
week 52 1
week 1 2 3 4 5 6 7 8
week 2 9 10 11 12 13 14 15
week 3 16 17 18 19 20 21 22
week 4 23 24 25 26 27 28 29
week 5 30 31

Log Masuk